Asrama

KPM Seri Iskandar mempunyai 2 buah asrama di dalam kolej iaitu asrama siswa dan asrama siswi. Kedua-dua asrama mampu menampung pelajar seramai 500 orang pelajar. Walaubagaimanapun ianya tidak mampu menampung jumlah keseluruhan para pelajar di kolej. Pihak kolej telah mengambil satu inisiatif dengan menyewa beberapa lot rumah kuartes luar untuk kediaman pelajar. 

Pelajar juga diberi pilihan menyewa di kawasan perumahan berhampiran. Sehingga kini, pelajar tidak mempunyai masalah dalam mencari kediaman untuk menyewa berikutan terdapat banyak lot rumah kosong yang memerlukan penyewa terutamanya pelajar.