Perbankan

KPM Seri Iskandar sentiasa komited dalam memberikan yang terbaik untuk para pelajar. Pihak kolej dengan kerjasama pihak Bank Rakyat  telah menyediakan sebuah mesin pengeluaran wang berhampiran dengan Pejabat Pentadbiran. Ia bertujuan memberi kemudahan kepada pelajar dalam proses pengeluaran wang tanpa memerlukan mereka keluar. Perkhidmatan ini dianggap penting memandangkan elaun pelajar turut disalurkan melalui Akaun Bank Rakyat.