Wifi

KPM Seri Iskandar yakin bahawa perkembangan teknologi dan penggunaanya mampu membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kolej telah menyediakan perkhidmatan jaringan wifi secara percuma di kawasan-kawasan tertentu seperti di perpustakaan, kafeteria, bilik pensyarah dan pejabat pentadbiran.

Kolej akan melangkah lebih kehadapan dengan menambah perkhidmatan wifi di Blok Akademik bagi kemudahan pelajar dalam mencari maklumat. Kolej akan sentiasa memenuhi ruang yang ada dengan penggunaan teknologi yang bersesuaian supaya para pelajar dapat didedahkan dengan teknologi yang terbaru.