Jabatan Pengajian Am

Jabatan Pengajian Am merupakan jabatan yang bertanggungjawab mengendalikan kursus sijil Preparetory Intensive Programme(PIP). Selain itu, jabatan ini juga menawarkan semua kursus  WAJIB Kolej yang berkaitan Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Agama Islam dan Pengajian Malaysia bagi semua program pengajian yang ditawarkan di KPM Seri Iskandar. Jabatan ini dianggotai oleh 21 orang pensyarah yang berkelulusan dalam beberapa bidang akademik iaitu Bahasa Inggeris serta Mandarin, agama, sejarah dan kenegaraan Malaysia. Kewujudan Jabatan Pengajian Am dapat menyokong aspirasi dan matlamat Kolej Profesional MARA untuk melahirkan tenaga separa profesional yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan oleh pelbagai industri.

Kursus-kursus yang ditawarkan mengikut 4 unit utama di dalam Jabatan Pengajian Am adalah:

a)Unit Bahasa Inggeris

  1. Communication English
  2. Fundamental Business English
  3. Practical Business English
  4. Public Communication Skills
  5. Meetings and Interview Skills
b)Unit Agama Islam
  1. Pendidikan Islam
  2. Amal Islami
  3. Penghayatan Islam
  4. Dinamisme Islam di Malaysia
c)Unit Bahasa Mandarin
  1. Mandarin 1
  2. Mandarin 2
  3. Mandarin 3
d)Unit Pengajian Malaysia
  1. Pengajian Malaysia 2