Jabatan Perakaunan

Jabatan Perakaunan merupakan jabatan yang bertanggungjawab mengendalikan program Higher National Diploma in Business (Marketing). Selain itu, jabatan ini juga menawarkan semua kursus yang berkaitan pemasaran, perakaunan dan undang-undang bagi semua program pengajian yang ditawarkan di KPM Seri Iskandar. Jabatan ini dianggotai oleh 13 orang pensyarah yang berkelulusan dalam beberapa bidang akademik iaitu perakaunan, pemasaran dan undang-undang. Kewujudan Jabatan Perakaunan dapat menyokong aspirasi dan matlamat Kolej Profesional MARA untuk melahirkan tenaga separa profesional yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perniagaan secara umumnya, dan bidang pemasaran secara khususnya, yang diperlukan oleh pelbagai industri.