Kaunseling dan Kerjaya

Unit Kaunseling dan Kerjaya (UKK) KPMSI merupakan unit sokongan akademik yang mana berfungsi dalam membantu pembangunan akademik dan kemahiran insaniah bagi para pelajar khususnya dan juga kakitangan amnya. Buat masa ini, UKK mempunyai 2 orang Kaunselor Berdaftar. UKK merupakan salah satu unit di Bahagian Hal Ehwal Pelajar KPMSI. UKK adalah di bawah pengawasan Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar).

Unit ini adalah satu sistem sokongan dalam membantu pelajar mengenal masalah dan mengenal pasti potensi diri bagi menangani masalah yang dihadapi agar cemerlang dalam akademik dan sahsiah.

Para pelajar boleh berjumpa dengan kaunselor untuk berbincang secara objektif tentang masalah berkaitan akademik, emosi, sosial, kerjaya dan lain-lain masalah yang mempunyai hubungan dengan pencapaian pelajar. Adalah menjadi tujuan utama UKK untuk membantu pelajar mendapatkan celik akal bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi masa kini dan dapat dijadikan petunjuk kepada penyelesaian masalah pada masa hadapan.

Selain itu, melalui aktiviti pembangunan diri, sahsiah, akademik, UKK akan membantu dan membimbing pelajar melalui program seminar, bengkel dan kursus berbentuk kemahiran, motivasi dan sebagainya bagi membentuk semangat daya pimpin dan daya saing di kalangan para pelajar.

Secara kesimpulannya, UKK membantu perkembangan pelajar ke arah kecemerlangan akademik, sosial, peribadi, spiritual dan kerjaya melalui perancangan, pelaksanaan, penilaian dan program-program yang bersesuaian.


Kaunselor 1 : En.Muhamad Nazri Bin Abd Radin K.B.,P.A.

                    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kaunselor 2 : Cik Nurhazwani Binti Ghazali K.B.,P.A.

                    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.