Profil

Kolej Profesional MARA ( KPM ) atau pada mulanya dikenali sebagai Institut Perdagangan MARA ( IPM ) telah ditubuhkan pada bulan Mei 1977. Sejak penubuhannya hingga penghujung bulan Julai 1982, KPM / IPM telah ditempatkan di Tingkat 2 Bangunan Sing Hoe Motor, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Jumlah pelajar kumpulan pertama pelajarnya hanya seramai 100 orang dengan 4 orang tenaga pengajar. 

Setelah beberapa kali berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, akhirnya pada bulan Jun 1998, KPMKL telah berpindah ke kampus tetapnya di Lot 2333, Mukim Beranang, Jalan Kajang, Selangor Darul Ehsan. KPM yang ke-2 kemudiannya telah dibuka di Melaka pada Jun 1994 dan diikuti pula dengan KPM ke-3 di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang Darul Makmur pada januari 2000. Pada November 2003 Kolej Profesional MARA Seri Iskandar iaitu KPM ke-4 telah ditubuhkan. KPM yang ke-5 iaitu KPM Bandar Penawar, Johor Darul Takzim mula beroperasi Jun 2008. Manakala KPM yang ke-6 beroperasi di Ayer Molek, Melaka pada Julai 2009.

Pada awal penubuhan KPM telah menawarkan kursus London Chamber of Commerce and Industry ( LCCI ). KPM Seri Iskandar menawarkan program Foundation of Higher National Diploma dan Higher National Diploma in Business & Computing, Business & Marketing dan Business & E-Commerce pada ambilan pertamanya pada Januari 2004. Kesemua program tersebut telah berdaftar secara langsung dengan Edexcel Foundation / Business & Technology Education ( BTECH ) di United Kingdom. Kini KPM Seri Iskandar menjalankan 2 lagi program baru iaitu Program Intensif Persediaan ( PIP ) mulai sesi Januari 2007 dan Diploma in International Business mulai Julai 2009.