SME DIGITAL IMPACT PROJECT 2026Kolej Profesional MARA (KPM) Seri Iskandar melalui Jabatan Pemasaran secara rasminya memperkenalkan SME Digital Impact Project 2026.Program ini merupakan satu anjakan strategik yang direka khas untuk membawa pelajar bagi program Diploma in Marketing + CPM (Asia) melangkaui pembelajaran teori ke arah penguasaan aplikasi industri yang sebenar menerusi platform MARA Junior Consultants.
Program ini bermatlamat untuk mentransformasikan peranan pelajar daripada tahap akademik kepada Konsultan Muda Profesional melalui:• Pendedahan Industri Sebenar: Memahami dinamika perniagaan SME serta membina kemahiran analisis strategi yang kritikal.• Keputusan Berpaksikan Data: : Memperkasa keupayaan pelajar dalam menggunakan data digital bagi menyokong cadangan strategi yang bernas.• Peningkatan Kebolehpasaran : Membina keyakinan dan kompetensi graduan agar kekal relevan dengan keperluan industri semasa.
Bagi menjamin kualiti dan profesionalisme setiap solusi yang dihasilkan, setiap kumpulan pelajar akan dibimbing sepenuhnya oleh para pensyarah yang dilantik sebagai mentor pakar. Kolaborasi ini melibatkan 8 syarikat SME dan 8 kumpulan konsultan muda yang melalui fasa kerja komprehensif.Inisiatif ini mewujudkan manfaat timbal balik yang signifikan di mana pelajar memperoleh pengalaman praktikal hands-on yang berkualiti dengan pengawasan pensyarah, manakala pihak SME menerima cadangan strategi digital yang relevan dan berimpak tinggi.Ini merupakan manifestasi komitmen berterusan KPM Seri Iskandar dalam melahirkan modal insan kompeten bagi memacu kelestarian ekonomi digital negara.