DELEGASI PENSYARAH & PELAJAR KPMSI KE MIHAS 2026

Kuala Lumpur, 25 September 2026: Seramai 11 orang pensyarah dan pelajar Kolej Profesional MARA Seri Iskandar (KPMSI) telah menyertai Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2026, bagi meneroka peluang produk, jaringan industri dan kerjasama strategik dalam ekosistem halal.

Penyertaan ini memberi fokus kepada usaha mengenal pasti produk berpotensi untuk dikembangkan dan dipasarkan di bawah jenama KAYMAIRA, di samping mengenal pasti syarikat serta pemain industri yang berpotensi untuk kerjasama bersama usahawan ProBiz.

Delegasi turut mengambil peluang meneroka pelbagai produk, serta mendapatkan maklumat berkaitan pembekalan dan OEM serta membina jaringan dengan syarikat yang mempunyai potensi untuk kerjasama perniagaan.

Hasil daripada penyertaan ini diharapkan dapat membuka ruang kepada lebih banyak peluang kolaborasi industri, pengembangan produk KAYMAIRA serta pengukuhan inisiatif keusahawanan dan perniagaan KPMSI.