KERJASAMA STRATEGIK KOLEJ PROFESIONAL MARA SERI ISKANDAR BERSAMA OEM VENTURES (M) SDN. BHD.
22 OKTOBER 2026 | KHAMIS - Kolej Profesional MARA Seri Iskandar (KPMSI) telah mengadakan lawatan industri dan sesi perbincangan strategik bersama OEM Ventures (M) Sdn. Bhd. sebagai salah satu inisiatif memperkukuh jaringan kerjasama industri serta memperluas peluang pembangunan keusahawanan dan modal insan.
Perbincangan memberi tumpuan kepada potensi kolaborasi dalam pelaksanaan Program ProBiz Marketing Expert, khususnya penglibatan kepakaran industri sebagai mentor dan pembimbing kepada usahawan Bumiputera dalam aspek pembangunan produk, penjenamaan, pengeluaran dan strategi pemasaran.
Selain itu, pertemuan turut meneroka potensi kerjasama dalam pembangunan dan pengkomersialan produk berjenama KAYMAIRA, di samping membuka ruang kepada penempatan latihan industri, perkongsian kepakaran serta peluang kerjaya bagi meningkatkan kompetensi dan kebolehpasaran graduan KPMSI.
Jalinan strategik ini diharapkan menjadi pemangkin kepada pembentukan ekosistem kerjasama yang mampan antara institusi pendidikan dan industri, selaras dengan aspirasi MARA dalam memperkasa keusahawanan Bumiputera serta melahirkan modal insan yang kompeten, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri semasa.
“YOUR SUCCESS STORY BEGINS HERE”