TAHNIAH!
Kolej Profesional MARA Seri Iskandar merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pn. Anis Norman atas pengiktirafan sebagai Microsoft Elevate Educator Expert bagi sesi 2026–2027. Tahniah juga kepada Tenaga Pengajar Bahasa Inggeris atas kecemerlangan mengagumkan dalam APTIS ADVANCED - British Council.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen dan usaha berterusan dalam menerapkan inovasi, teknologi digital dan pendekatan kreatif dalam pendidikan.Semoga pencapaian ini terus menjadi inspirasi kepada warga pendidik dalam memperkasa pengalaman pembelajaran yang bermakna.