SOUND, RHYTHM & A MOMENT TO REMEMBER

Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan pelajar KPM Seri Iskandar yang telah menyertai Pertandingan Sound & Rhythm (SOAR) 2026 yang berlangsung di Kolej MARA Banting pada 15 hingga 18 Oktober 2026!

Dengan semangat, bakat dan kreativiti yang luar biasa, para peserta telah memberikan yang terbaik dalam 5 kategori pertandingan, iaitu: Battle of the Band, Symphonic Duo, Tarian Zapin, Mind of Medina, Street DakwahDan yang paling membanggakan.

TEORI SENJA — BAND KPM SERI ISKANDAR berjaya membawa pulang 3 ANUGERAH bagi kategori Battle of the Band!, Johan Battle of the Band, Vokal Terbaik, Susunan Muzik Terbaik.

Satu pencapaian yang bukan sahaja membanggakan KPM Seri Iskandar, tetapi membuktikan bahawa bakat, usaha, disiplin dan kerja berpasukan mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

Setinggi-tinggi tahniah buat Teori Senja atas kejayaan yang diraih.