Kursus Komunikasi Bisnes Berkesan dengan AI Berjaya DilaksanakanJabatan Pemasaran, Kolej Profesional MARA Seri Iskandar melalui inisiatif Teaching Factory Initiative telah berjaya menganjurkan Kursus Komunikasi Bisnes Berkesan dengan AI pada 4 Mac 2026 (Rabu) secara bersemuka di Pejabat MARA Daerah (PMD) Perak Tengah pada jam 11. 00 hingga 12.30 tengahari.
Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Norliza Binti Ramli, Pensyarah Pemasaran Kolej Profesional MARA Seri Iskandar. Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan Artificial Intelligence (AI) bagi meningkatkan keberkesanan komunikasi dalam perniagaan.
Sepanjang sesi berlangsung, peserta diperkenalkan kepada cara menggunakan AI untuk membantu menghasilkan mesej komunikasi yang lebih jelas, kreatif dan berkesan dalam aktiviti pemasaran.Program ini mendapat maklum balas yang sangat positif daripada peserta.
Ramai peserta menyatakan kursus ini memberi ilmu yang praktikal dan bermanfaat untuk perniagaan mereka.Malah, beberapa peserta turut menyatakan minat untuk mengikuti kursus lanjutan daripada siri ini bagi mempelajari lebih banyak aplikasi AI dalam komunikasi dan pemasaran bisnes.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.