Latar Belakang Program DBIT
Program ini diperkenalkan dengan tujuan untuk menyediakan pelajar kepada dua bidang utama iaitu perniagaan dan teknologi maklumat. Pelajar dilatih untuk mengenal pasti masalah dari sudut pengurusan serta menggunakan kemahiran komputer dalam penyelesaian masalah.
Pelajar juga berupaya membangunkan sistem maklumat dengan menggunakan pemahaman yang mendalam tentang bagaimana sistem maklumat menyokong operasi perniagaan dan pengurusan organisasi. Program ini memupuk sinergi antara pengetahuan teknologi dan kecerdasan perniagaan dalam kalangan pelajar bagi melahirkan generasi baharu teknopreneur yang mampu membantu mana-mana organisasi membuat keputusan perniagaan yang lebih baik.
Pelajar akan dapat menyediakan sokongan taktikal, operasi dan strategik yang membolehkan organisasi mencapai visi, misi dan objektif syarikat. Graduan Diploma dalam Teknologi Maklumat Perniagaan akan menjadi aset yang bernilai kepada pelbagai jenis organisasi tanpa mengira tahap teknologi mahupun lokasi, sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa.
>>AKREDITASI
• Diploma /MQF-Level 4
>>TEMPOH PENGAJIAN
• 2 tahun
>> JUMLAH KREDIT
• DBIT = 93 jam kredit
>> MODE PENGAJIAN
Kerja Kursus
>> KAEDAH PEMBELAJARAN & PENGAJARAN
Kuliah & Tutorial
>> TARAF PELAKSANAAN
Sendiri
>> STRUKTUR PROGRAM
Semester
• Semester 1-6 untuk Diploma in Business Information Technology
>> INSTITUSI PENGANUGERAHAN
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
05-3711 1045
kpmsi@seriiskandar.kpm.edu.my
Kolej Profesional MARA Seri Iskandar Lot P.T 2635 Bandar Baru Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak
©2026, Hak cipta Kolej Profesional MARA Seri Iskandar