DIPLOMA IN BUSINESS INFORMATION TECHNOLOGY (DBIT) + VISUAL BUSINESS ANALYTICS CERTIFICATION

Latar Belakang Program DBIT

Program ini diperkenalkan dengan tujuan untuk menyediakan pelajar kepada dua bidang utama iaitu perniagaan dan teknologi maklumat. Pelajar dilatih untuk mengenal pasti masalah dari sudut pengurusan serta menggunakan kemahiran komputer dalam penyelesaian masalah.

Pelajar juga berupaya membangunkan sistem maklumat dengan menggunakan pemahaman yang mendalam tentang bagaimana sistem maklumat menyokong operasi perniagaan dan pengurusan organisasi. Program ini memupuk sinergi antara pengetahuan teknologi dan kecerdasan perniagaan dalam kalangan pelajar bagi melahirkan generasi baharu teknopreneur yang mampu membantu mana-mana organisasi membuat keputusan perniagaan yang lebih baik.

Pelajar akan dapat menyediakan sokongan taktikal, operasi dan strategik yang membolehkan organisasi mencapai visi, misi dan objektif syarikat. Graduan Diploma dalam Teknologi Maklumat Perniagaan akan menjadi aset yang bernilai kepada pelbagai jenis organisasi tanpa mengira tahap teknologi mahupun lokasi, sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa.

Visual Business Analytics (VBA)

Visual Business Analytics (VBA) ialah kaedah menganalisis data dengan menggunakan visualisasi seperti graf, carta, peta, dashboard dan indikator (KPI) supaya maklumat lebih mudah difahami dan digunakan untuk membuat keputusan perniagaan. Ringkasnya: Data mentah → Analisis → Visual (graf/dashboard) → Keputusan

Antara VBA aplikasi yang paling banyak digunakan ialah:

1. Microsoft Power BI (paling banyak digunakan dalam industri)

2. Tableau

3. Looker Studio

4. Microsoft Excel

5. Qlik Sense

6. SAS (Statistical Analysis System)

  • Business Intelligence (BI)
  • Data Analyst
  • IT Business Analyst
  • Reporting Executive
Lulus SPM dengan kepujian:
  • Bahasa Inggeris & Matematik (minimum gred B)
  • Bahasa Melayu & 2 subjek lain (minimum gred C)
Diploma in Business Information Technology bertujuan untuk menyediakan pelajar kepada:
• Kemahiran Pelbagai (Versatile Skillset)

Menggabungkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan perniagaan, sekali gus menyediakan pelajar untuk pelbagai peluang kerjaya.
• Kurikulum Relevan dengan Industri

Memberi tumpuan kepada teknologi dan amalan semasa yang selaras dengan keperluan industri.
• Graduan Bersedia untuk Masa Hadapan (Future-Ready Graduates)

Melengkapkan pelajar dengan kemahiran untuk menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi serta perubahan trend industri yang sentiasa berkembang.

>>AKREDITASI

• Diploma /MQF-Level 4


>>TEMPOH PENGAJIAN

• 2 tahun


>>MODE PENGAJIAN

• Kerja Kursus


>>KAEDAH PEMBELAJARAN & PENGAJARAN

• Kuliah & Tutorial


>>TARAF PELAKSANAAN

• Sendiri


>>INSTITUSI PENGANUGERAHAN

• Majlis Amanah Rakyat (MARA)


Pautan Pantas

Hubungi

Telefon

05-3711 1045

Emel

kpmsi@seriiskandar.kpm.edu.my

Alamat

Kolej Profesional MARA Seri Iskandar Lot P.T 2635 Bandar Baru Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak

©2026, Hak cipta Kolej Profesional MARA Seri Iskandar