Latar Belakang Program DIB
Program ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan asas pengetahuan dan kemahiran yang kukuh dalam bidang perniagaan antarabangsa termasuk prinsip pemasaran, pengurusan, perakaunan serta amalan perniagaan dan keusahawanan di peringkat multinasional dan antarabangsa.
Pelajar dilatih untuk memimpin dan memudah cara usaha keusahawanan global dengan mengaplikasikan prinsip serta konsep inovatif di samping amalan perniagaan terkini.
Pelajar juga berupaya membina kerjaya dalam persekitaran antarabangsa atau pelbagai budaya melalui pemahaman yang jelas dan menyeluruh terhadap dunia perniagaan global yang sentiasa berubah. Melalui aplikasi kaedah analitikal dan penyelesaian masalah secara kreatif, pelajar dapat menyelesaikan pelbagai isu perniagaan dalam setiap aspek perniagaan global.
>>AKREDITASI
• Diploma /MQF-Level 4
>>TEMPOH PENGAJIAN
• 2 tahun
>> JUMLAH KREDIT
• DIB = 93 jam kredit
>> MODE PENGAJIAN
• Kerja Kursus
>> KAEDAH PEMBELAJARAN & PENGAJARAN
• Kuliah & Tutorial
>> TARAF PELAKSANAAN
• Sendiri
>> STRUKTUR PROGRAM
Semester
• Semester 1-6 untuk Diploma in International Business
>> INSTITUSI PENGANUGERAHAN
• Majlis Amanah Rakyat (MARA)
05-3711 1045
kpmsi@seriiskandar.kpm.edu.my
Kolej Profesional MARA Seri Iskandar Lot P.T 2635 Bandar Baru Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak
©2026, Hak cipta Kolej Profesional MARA Seri Iskandar