DIPLOMA IN INTERNATIONAL BUSINESS (DIB) + CERTIFIED SPECIALIST DIGITAL LEADERSHIP

Latar Belakang Program DIB + Specialist Digital Leadership

Program ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan asas pengetahuan dan kemahiran yang kukuh dalam bidang perniagaan antarabangsa termasuk prinsip pemasaran, pengurusan, perakaunan serta amalan perniagaan dan keusahawanan di peringkat multinasional dan antarabangsa.

Selaras dengan keperluan industri dan transformasi digital masa kini, program ini turut menawarkan peluang kepada pelajar untuk memperoleh pensijilan profesional Certified Specialist Digital Leadership daripada Digital Marketing Institute (DMI). Pensijilan ini memberi nilai tambah kepada graduan dengan memperkukuh kefahaman terhadap kepimpinan dalam era digital serta meningkatkan daya saing mereka dalam pasaran pekerjaan global.

Pelajar dilatih untuk memimpin dan memudah cara usaha keusahawanan global dengan mengaplikasikan prinsip serta konsep inovatif di samping amalan perniagaan terkini.

Pelajar juga berupaya membina kerjaya dalam persekitaran antarabangsa atau pelbagai budaya melalui pemahaman yang jelas dan menyeluruh terhadap dunia perniagaan global yang sentiasa berubah. Melalui aplikasi kaedah analitikal dan penyelesaian masalah secara kreatif, pelajar dapat menyelesaikan pelbagai isu perniagaan dalam setiap aspek perniagaan global.

  • International Business Executive
  • Export Sales Representative
  • Custom Compliance Officer
Lulus SPM dengan kepujian 
  • Bahasa Melayu
  • Dua (2) mata pelajaran lain

    (minumum gred C)
LULUS:
  • Matematik
  • Bahasa Inggeris (Perlu mengikuti Program Pra Diploma)
Berikut merupakan beberapa kelebihan utama mengikuti program Diploma Perniagaan Antarabangsa di Kolej Profesional MARA Seri Iskandar:
  1. Kurikulum Perniagaan Antarabangsa yang Khusus
    Program ini direka untuk membina pengetahuan kukuh dan kemahiran praktikal dalam bidang perniagaan antarabangsa termasuk pengurusan, pemasaran, ekonomi, perniagaan rentas budaya, rantaian bekalan global serta undang-undang perniagaan antarabangsa. Fokus ini mempersiapkan pelajar menghadapi realiti perdagangan global dan persekitaran kerja multinasional.
  2. Pembangunan Kemahiran Bahasa
    Pelajar turut didedahkan dengan penguasaan bahasa Mandarin, yang menjadi satu nilai tambah penting dalam perdagangan antarabangsa dan komunikasi perniagaan — terutamanya di rantau Asia yang menggunakan bahasa Mandarin secara meluas dalam urusan perniagaan.
  3. Subjek Praktikal dan Relevan dengan Industri
    Kurikulum program merangkumi subjek seperti polisi perniagaan antarabangsa, pengurusan rentas budaya, rantaian bekalan global dan inovasi perniagaan. Ini membantu pelajar membina kemahiran analitikal serta penyelesaian masalah yang praktikal dan relevan dengan cabaran dunia perniagaan sebenar.

>>AKREDITASI

• Diploma /MQF-Level 4


>>TEMPOH PENGAJIAN

• 2 tahun


>>MODE PENGAJIAN

• Kerja Kursus


>>KAEDAH PEMBELAJARAN & PENGAJARAN

• Kuliah & Tutorial


>>TARAF PELAKSANAAN

• Sendiri


>>INSTITUSI PENGANUGERAHAN

• Majlis Amanah Rakyat (MARA)


Pautan Pantas

Hubungi

Telefon

05-3711 1045

Emel

kpmsi@seriiskandar.kpm.edu.my

Alamat

Kolej Profesional MARA Seri Iskandar Lot P.T 2635 Bandar Baru Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak

©2026, Hak cipta Kolej Profesional MARA Seri Iskandar