Latar Belakang Program DMk
Program Diploma in Marketing (DMk) merupakan program yang ditawarkan di Kolej Profesional MARA Seri Iskandar sejak Mei 2017.
Objektif program Diploma in Marketing adalah untuk menghasilkan graduan separa profesional yang dapat memahami gelagat pengguna dan berkebolehan untuk menjual serta memasarkan produk dengan berkesan.
Program ini juga menghasilkan graduan yang mempunyai nilai-nilai keusahawanan yang mampu berdaya saing dengan arus perubahan semasa dalam apa jua bidang pekerjaan yang diceburi.
Bermula Julai 2023, Kolej Profesional MARA Seri Iskandar telah menawarkan program Diploma in Marketing with Certified Professional Marketer (Asia) dengan kerjasama Institute of Marketing Malaysia. Pensijilan profesional ini dapat membantu pelajar menonjol daripada calon lain di dalam pasaran kerja yang kompetitif.
>>AKREDITASI
• Diploma /MQF-Level 4
>>TEMPOH PENGAJIAN
• 2 tahun (6 semester) bagi diploma biasa
>> JUMLAH KREDIT
• DMk = 94 jam kredit
>> MODE PENGAJIAN
• Kerja Kursus
>> KAEDAH PEMBELAJARAN & PENGAJARAN
• Kuliah & Tutorial
>> TARAF PELAKSANAAN
• Sendiri
>> STRUKTUR PROGRAM
Semester
• Semester 1-6 untuk Diploma in Marketing
Latihan Praktikal
• Tiada latihan praktikal untuk Diploma in Marketing.
>> INSTITUSI PENGANUGERAHAN
• Majlis Amanah Rakyat (MARA)
05-3711 1045
kpmsi@seriiskandar.kpm.edu.my
Kolej Profesional MARA Seri Iskandar Lot P.T 2635 Bandar Baru Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak
©2026, Hak cipta Kolej Profesional MARA Seri Iskandar