Latar Belakang Program DMk
Program Diploma in Marketing (DMk) merupakan program yang ditawarkan di Kolej Profesional MARA Seri Iskandar sejak Mei 2017.
Objektif program Diploma in Marketing adalah untuk menghasilkan graduan separa profesional yang dapat memahami gelagat pengguna dan berkebolehan untuk menjual serta memasarkan produk dengan berkesan.
Program ini juga menghasilkan graduan yang mempunyai nilai-nilai keusahawanan yang mampu berdaya saing dengan arus perubahan semasa dalam apa jua bidang pekerjaan yang diceburi.
Bermula Julai 2023, Kolej Profesional MARA Seri Iskandar telah menawarkan program Diploma in Marketing with Certified Professional Marketer (Asia) dengan kerjasama Institute of Marketing Malaysia. Pensijilan profesional ini dapat membantu pelajar menonjol daripada calon lain di dalam pasaran kerja yang kompetitif.
Sijil Profesional CPM
Certified Professional Marketer (CPM) (Asia) adalah pengiktirafan rasmi bagi seorang individu Profesional bidang Pemasaran yang telah mencapai tahap kefahaman akademik dan praktikal yang kompeten dalam bidang pemasaran di rantau Asia.
Pensijilan ini dianugerahkan oleh Asia Marketing Federation (AMF) dan disokong oleh badan pemasaran kebangsaan di Asia, termasuk Institute of Marketing Malaysia (IMM).
Proses pensijilan CPM (Asia) melibatkan peperiksaan kelayakan yang merangkumi lima modul:
*Pelajar Diploma in Marketing akan diberi pelepasan untuk tiga kursus iaitu Marketing Research, Marketing Strategy dan Integrated Marketing Communications.
>>AKREDITASI
• Diploma /MQF-Level 4
>>TEMPOH PENGAJIAN
• DMk (CPM) = 108 jam kredit
>> JUMLAH KREDIT
• DMk (CPM) = 108 jam kredit
>> MODE PENGAJIAN
• Kerja Kursus
>> KAEDAH PEMBELAJARAN & PENGAJARAN
• Kuliah & Tutorial
>> TARAF PELAKSANAAN
• Sendiri
>> STRUKTUR PROGRAM
Semester
• Semester 1-8 untuk Diploma in Marketing with Certified Professional Marketer (Asia).
Latihan Praktikal
• Ada latihan praktikal untuk Diploma in Marketing with Certified Professional Marketer (Asia) iaitu selama 12 minggu.
>> INSTITUSI PENGANUGERAHAN
• Majlis Amanah Rakyat (MARA)
05-3711 1045
kpmsi@seriiskandar.kpm.edu.my
Kolej Profesional MARA Seri Iskandar Lot P.T 2635 Bandar Baru Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak
©2026, Hak cipta Kolej Profesional MARA Seri Iskandar