PROGRAM BAHASA MANDARIN (MLP)

Latar Belakang Program MLP

Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA akan menganjurkan Program Bahasa Mandarin Jangka Pendek di Kolej Profesional MARA (KPM) Seri Iskandar. Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia Bumiputera yang berumur 17 tahun ke atas. Program ini akan dijalankan selama sembilan (9) minggu.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar memperoleh kemahiran bahasa Mandarin melalui pengajian sepenuh masa, dengan menggunakan silibus Hanyu Shuiping Kaoshi (HSK) Tahap 1 dan Tahap 2 sebagai nilai tambah bagi menyokong perkembangan akademik dan kerjaya masa depan mereka.

Terbuka kepada orang awam warganegara berumur 17 tahun ke atas.
Program Bahasa Mandarin (MLP) bertujuan untuk menyediakan pelajar bagi:
• Peningkatan Daya Saing Akademik dan Kerjaya

Melalui pembelajaran bahasa Mandarin berdasarkan sukatan Hanyu Shuiping Kaoshi (HSK) Tahap 1 dan Tahap 2, pelajar memperoleh asas bahasa yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kemahiran ini menjadi nilai tambah yang penting untuk melanjutkan pengajian serta meningkatkan kebolehpasaran graduan, khususnya dalam sektor yang melibatkan perdagangan antarabangsa, perniagaan dan industri.

>>TEMPOH PENGAJIAN

• 9 Minggu


>> YURAN PENYERTAAN

• RM500.00 seorang peserta, termasuk bahan pembelajaran, aktiviti kebudayaan, dan penginapan asrama di kampus.


Pautan Pantas

Hubungi

Telefon

05-3711 1045

Emel

kpmsi@seriiskandar.kpm.edu.my

Alamat

Kolej Profesional MARA Seri Iskandar Lot P.T 2635 Bandar Baru Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak

©2026, Hak cipta Kolej Profesional MARA Seri Iskandar