Category: BULETIN

  • Best Student CPM (ASIA) – Siti Syuhada binti sabri

    Best Student CPM (ASIA) – Siti Syuhada binti sabri

    TAHNIAH & SYABAS

    Sekalung tahniah diucapkan kepada Nur Syuhada binti Sabri, pelajar Diploma in Marketing, Kohort pertama di KPMSI atas kejayaan yang amat membanggakan dalam pensijilan Certified Professional Marketer (CPM).

    Lebih membanggakan, Nur Syuhada telah mencatatkan pencapaian cemerlang dengan memperoleh gred A bagi kedua-dua kursus Certified Professional Marketer yang diduduki dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi tahun tersebut.

    Pencapaian ini membuktikan kesungguhan, disiplin dan komitmen tinggi yang ditunjukkan dalam usaha mencapai kecemerlangan akademik dan profesional. Sekarang nur Syuhada sedang menyambung pengajian di UiTM Perlis dalam bidang Human Resource.

    Syabas Nur Syuhada!

    Semoga kejayaan ini menjadi langkah awal kepada lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan.

  • PERKASA 2.0

    PERKASA 2.0

    TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI MENTOR PERKASA 2.0

    Tahniah dan syabas diucapkan kepada:

    🌟 Puan Noor Fareeza binti Azmi
    Pensyarah, Jabatan Pengurusan Perniagaan

    🌟 Puan Norliza binti RamliPensyarah, Jabatan Pemasaran

    atas pelantikan sebagai Mentor bagi Program Perak Entrepreneurship Scholars’ Advancement (PERKASA 2.0) 2026.

    Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran dan pengalaman para pensyarah dalam membimbing serta memperkasa potensi keusahawanan pelajar, selaras dengan usaha Kerajaan Negeri Perak dalam melahirkan generasi usahawan muda yang berdaya saing.

    Program PERKASA 2.0 merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, yang dilaksanakan selama enam bulan dari Julai hingga Disember 2026.

    Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan cemerlang serta memberikan impak bermakna dalam membimbing, mencungkil dan mengembangkan bakat keusahawanan dalam kalangan pelajar

  • Asia Youth International Model United Nations 202026

    Asia Youth International Model United Nations 202026

    Asia Youth International Model United Nations 202621.08.2026-23.08.2026Kuala Lumpur.

    🏅 Most Outstanding Delegate Award
    Haziqah Husna binti Hasmizan (The Republic of Iraq)

    🏅 Verbal Commendation Award•⁠
    ⁠Alyssahani binti Fazlan (The Republic of The Union of Myanmar)

    Penasihat/Jurulatih
    Pn. Nor Bazlinda bt. Kamaruddin
    Pn. Nur Arifah bt. Daud

  • Kursus AI

    Kursus AI

    Kursus Komunikasi Bisnes Berkesan dengan AI Berjaya DilaksanakanJabatan Pemasaran, Kolej Profesional MARA Seri Iskandar melalui inisiatif Teaching Factory Initiative telah berjaya menganjurkan Kursus Komunikasi Bisnes Berkesan dengan AI pada 4 Mac 2026 (Rabu) secara bersemuka di Pejabat MARA Daerah (PMD) Perak Tengah pada jam 11. 00 hingga 12.30 tengahari.

    Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Norliza Binti Ramli, Pensyarah Pemasaran Kolej Profesional MARA Seri Iskandar. Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan Artificial Intelligence (AI) bagi meningkatkan keberkesanan komunikasi dalam perniagaan.

    Sepanjang sesi berlangsung, peserta diperkenalkan kepada cara menggunakan AI untuk membantu menghasilkan mesej komunikasi yang lebih jelas, kreatif dan berkesan dalam aktiviti pemasaran.Program ini mendapat maklum balas yang sangat positif daripada peserta.

    Ramai peserta menyatakan kursus ini memberi ilmu yang praktikal dan bermanfaat untuk perniagaan mereka.Malah, beberapa peserta turut menyatakan minat untuk mengikuti kursus lanjutan daripada siri ini bagi mempelajari lebih banyak aplikasi AI dalam komunikasi dan pemasaran bisnes.

    Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

  • Silat Lincah

    Silat Lincah

    Tahniah dan syabas! Warga Kolej Profesional MARA Seri Iskandar merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhamad Amirul Afiq bin Abd Ghani atas kejayaan meraih Pingat Gangsa bagi Kategori Dewasa Kelas I Putera dalam Kejohanan Silat Kebangsaan Piala Sriwangsa 2026 yang berlangsung pada 9–12 April 2026 di Kompleks C-Mart, Changlun.

    Turut dihargai penyertaan dua lagi pesilat kolej, iaitu Muhammad Darius Lutfi bin Mahadir dan Wan Muhammad Nuh Al-Hurri bin Wan Abdu Malek Al-Hutri, yang telah memberikan saingan terbaik sepanjang kejohanan walaupun belum berjaya melangkah lebih jauh.Sesungguhnya, setiap penyertaan menuntut semangat juang, disiplin, komitmen dan keberanian yang tinggi. Kalian tetap membanggakan kolej kerana sanggup membawa cabaran serta mengharumkan nama KPM Seri Iskandar di pentas kebangsaan.

    Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, memperbaiki kelemahan, dan kembali lebih kuat pada pertandingan akan datang.Tahniah, syabas dan teruskan melakar kecemerlangan!

  • SME Digital

    SME Digital

    SME DIGITAL IMPACT PROJECT 2026Kolej Profesional MARA (KPM) Seri Iskandar melalui Jabatan Pemasaran secara rasminya memperkenalkan SME Digital Impact Project 2026.Program ini merupakan satu anjakan strategik yang direka khas untuk membawa pelajar bagi program Diploma in Marketing + CPM (Asia) melangkaui pembelajaran teori ke arah penguasaan aplikasi industri yang sebenar menerusi platform MARA Junior Consultants.

    Program ini bermatlamat untuk mentransformasikan peranan pelajar daripada tahap akademik kepada Konsultan Muda Profesional melalui:•⁠ ⁠Pendedahan Industri Sebenar: Memahami dinamika perniagaan SME serta membina kemahiran analisis strategi yang kritikal.•⁠ ⁠Keputusan Berpaksikan Data: : Memperkasa keupayaan pelajar dalam menggunakan data digital bagi menyokong cadangan strategi yang bernas.•⁠ ⁠Peningkatan Kebolehpasaran : Membina keyakinan dan kompetensi graduan agar kekal relevan dengan keperluan industri semasa.

    Bagi menjamin kualiti dan profesionalisme setiap solusi yang dihasilkan, setiap kumpulan pelajar akan dibimbing sepenuhnya oleh para pensyarah yang dilantik sebagai mentor pakar. Kolaborasi ini melibatkan 8 syarikat SME dan 8 kumpulan konsultan muda yang melalui fasa kerja komprehensif.Inisiatif ini mewujudkan manfaat timbal balik yang signifikan di mana pelajar memperoleh pengalaman praktikal hands-on yang berkualiti dengan pengawasan pensyarah, manakala pihak SME menerima cadangan strategi digital yang relevan dan berimpak tinggi.Ini merupakan manifestasi komitmen berterusan KPM Seri Iskandar dalam melahirkan modal insan kompeten bagi memacu kelestarian ekonomi digital negara.